Kempen Abaro sokong komuniti B40 dan Orang Asli
PETALING JAYA – Jenama kasut tempatan, Abaro menamatkan kempen Kembali Ke Sekolah yang berlangsung selama tiga bulan baru-baru ini, yang mana syarikat komited untuk menyumbang RM1 bagi setiap pasang kasut sekolahnya yang terjual sepanjang tempoh kempen bagi memanfaatkan pelajar kurang bernasib baik.